Diringkas dari Artikel dalil mengapa harus bermazhab http://generasisalaf.wordpress.com
Artikel ini adalah sebagai hujah untuk menguatkan pendapat dibolehkannya
kita bermazhab dalam Fiqh dan juga sebagai jawaban bagi orang2 yang merasa
tidak perlu atau menolak mazhab.
Berikut beberapa penjelasan kita dibolehkan
bermazhab atau mengikut salah satu daripada empat mazhab yang muktabar yaitu
Mazhab Syafi’i, Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali. penjelasannya antara lain:
PERTAMA:
Memang sudah ada isyarat daripada Hadis Rasulullah: Sebaik-baik
manusia ialah yang berada di kurun aku, kemudian mereka yang selepas kurun itu,
kemudian mereka yang mengiringi kurun itu pula. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW menyebut bahwa umat Islam sekitar tiga
kurun itu secara majoritinya adalah baik-baik, soleh-soleh bahkan sebahagian
daripadanya bertaraf muqarrobin. Mereka inilah yang dikatakan salafussoleh (orang soleh zaman
dahulu).
Manakala keempat-empat Imam Mazhab tersebut hidup pada
sekitar tiga kurun selepas Rasulullah SAW. Imam Hanafi dan Imam Malik hidup
pada kurun yang pertama lagi; masing-masing lahir pada tahun 80 dan 93 Hijrah.
Sementara Imam Syafi’i (lahir 150 Hijrah) dan Imam Hambali (lahir 164 Hijrah)
berada pada akhir kurun kedua sehingga kurun yang ketiga. Sedangkan menurut
Hadis tadi, secara umum umat Islam sekitar tiga kurun itulah yang patut menjadi
ikutan kita. Sunnah mereka, tradisi mereka, kebudayaan mereka dan lain-lain
menjadi ikutan kita.
KEDUA:
ALLAH telah
mengisyaratkan kepada kita melalui Al Quranul Karim, kalau kita tidak tahu
kerana kita bukan orang alim, kena bertanya kepada orang yang tahu atau yang
alim. Ertinya pandangan-pandangan orang alim itu eloklah menjadi pegangan dan
ikutan kita. Kerana mereka lebih tahu daripada kita. Firman ALLAH:
Bertanyalah
kepada ahli ilmu (alim ulama; orang yang tahu) kalau kamu tidak mengetahui. (An
Nahl: 43)
Imam-imam yang
empat tadi patut menjadi ikutan kita. Dan patut pula kita tanyakan fatwa-fatwa
mereka. Kalau mereka sudah tiada lagi, ada kitab-kitab yang ditinggalkan oleh
mereka. Bahkan kitab-kitab mereka itu telah pun diurai dan dijelaskan lagi oleh
ulama-ulama di belakang mereka. “Kalau
kita ikut mana-mana mazhab yang empat itu, bererti kita tidak terkeluar
daripada apa yang dianjurkan oleh ALLAH dan Rasul”
KETIGA:
Banyak orang
tidak sedar pembuku-pembuku Hadis atau perawi-perawi Hadis seperti Imam
Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tarmizi dan lain-lain lagi, walaupun
mereka mengumpulkan dan menilai Hadis tetapi dari segi kefahaman atau dalam
mengeluarkan hukum, mereka juga bersandar dengan Imam-Imam Mazhab.
Umpamanya Imam
Bukhari, Imam Muslim dan Imam Tarmizi adalah bermazhab Syafi’i.Kalaulah
Imam-Imam Hadis itu pun mengikut Imam Syafi’i, siapakah kita ini.
KEEMPAT:
Kita lihat
orang-orang yang mengajak untuk tidak bermazhab ini adalah ulama-ulama
mutaakhirin. Bermula daripada Ibnu Taimiyah yang hidup lebih kurang 700 tahun
yang lalu. Dia bukan ulama yang berada sekitar 300 tahun selepas Rasulullah
SAW. Kemudian fahamannya disambung oleh muridnya yang bemama Ibnu Qayyim, Al
Jauzi hinggalah mama-ulama di kurun kedua puluh ini seperti Muhamad Abduh,
Jamaluddin Al Afghani, Rashid Redha, Hamka dan lain-lain lagi. Mereka ini hidup
di luar daripada lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah SAW. Jadi tidak ada isyarat
daripada Rasulullah bahwa mereka ini patut menjadi ikutan.
KELIMA:
Walaupun ada
orang yang menganjurkan tidak perlu ikut mazhab, cukup hanya ikut Al Quran dan
Hadis sahaja, tetapi pada hakikatnya semua orang bermazhab, sama ada dia
mengaku atau tidak. Kerana golongan yang tidak mahu bermazhab itu bukan
semuanya ulama. Maka mereka terpaksa bersandar dengan mana-mana ulama yang juga
menolak mazhab. Maka ulama tempat mereka bersandar itulah sebenarnya imam
mazhab mereka.
Katakanlah kita
bertanya kepada orang itu, “Tuan tahu bahasa Arab?” Katalah katanya, “Tidak
tahu.”
“Habis, bagaimana tuan memahami Al Quran dan Hadis?”
“Ya, kerana saya berpegang kepada ulama yang menganjurkan ikut Al Quran dan Hadis.”
“Siapa ulama itu?” Katakanlah dia menjawab ulama tersebut ialah Muhammad, maka Muhammad itulah mazhabnya.
Kalau Ali, maka Ali-lah mazhabnya.
Saya pernah bertanya kepada seorang yang menolak mazhab,
“Ustaz tahu bahasa Arab?”
“Tak tahu.”
“Habis, ustaz suruh ikut Al Quran dan Hadis sahaja, kalau tidak tahu bahasa Arab bagaimana mengistinbatkan hukum dari Quran dan Hadis?”
“Saya baca tafsir Muhammad Yunus.”
Maka saya berkata, “Oh! hakikatnya ustaz bermazhablah. Muhammad Yunus itu mazhab ustaz. Jadi kalau ustaz bermazhab juga, lebih baik ikut Imam Syafi’i. Seluruh dunia menerima Imam Syafi’i, bukan saja orang awam, ulama-ulama pun ikut.” Dia pun terdiam.
“Ya, kerana saya berpegang kepada ulama yang menganjurkan ikut Al Quran dan Hadis.”
“Siapa ulama itu?” Katakanlah dia menjawab ulama tersebut ialah Muhammad, maka Muhammad itulah mazhabnya.
Kalau Ali, maka Ali-lah mazhabnya.
Saya pernah bertanya kepada seorang yang menolak mazhab,
“Ustaz tahu bahasa Arab?”
“Tak tahu.”
“Habis, ustaz suruh ikut Al Quran dan Hadis sahaja, kalau tidak tahu bahasa Arab bagaimana mengistinbatkan hukum dari Quran dan Hadis?”
“Saya baca tafsir Muhammad Yunus.”
Maka saya berkata, “Oh! hakikatnya ustaz bermazhablah. Muhammad Yunus itu mazhab ustaz. Jadi kalau ustaz bermazhab juga, lebih baik ikut Imam Syafi’i. Seluruh dunia menerima Imam Syafi’i, bukan saja orang awam, ulama-ulama pun ikut.” Dia pun terdiam.
Hakikatnya
semua manusia mempunyai mazhab sama ada sedar atau tidak. Maka sekiranya semua
manusia ini bermazhab, lebih baik dan lebih selamat ikut mazhab yang muktabar,
yang diakui bukan sahaja oleh orang awam bahkan juga oleh ulama-ulama besar
seperti Imam Al Ghazali, Imam Sayuti dan ramai lagi.
Source:
aboutmiracle.wordpress.com